Lukanisman Awang Sauni

Lukanisman bin Awang Sauni merupakan ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Rakyat untuk Sibuti sejak 2018. Beliau juga Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) sejak 16 April 2020.[1][2][3]Beliau dilahirkan di Miri dan seorang kacukan Melanau dan Cina.[1] Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya.[1] Beliau pernah bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebelum menyertai politik.[1][2][3]Beliau bertanding untuk Sibuti pada pilihan raya 2018, di mana beliau menewaskan 2 calon pembangkang iaitu Jemat Panjang dan Zulaihi Bakar, dengan majoriti 3,676 undi.[4] Sebagai Ahli Parlimen dari Sarawak, beliau gigih berusaha untuk menjadikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[1][2][3] Beliau juga seorang ahli Kaukus Belia Parlimen di Dewan Rakyat.[1][2]